Saya tertanya-tanya pada diri sendiri – apakah fungsi flash kamera ini jika di set kepada Mode Multi.  Sifat ingin tahu mengenai fungsi tersebut itulah yang membuatkan saya terus mencuba menggunakan fungsi tersebut dan hasilnya saya kongsikan melalui blog ini – yang mana telah agak lama juga tidak saya kemas-kini! :)
Sebenarnya fungsi flash ini dapat membantu kita untuk merakamkan gambar-gambar kreatif. Mengimbas kembali memori ketika era penggunaan kamera analog, fungsi multiple exposure banyak diaplikasikan oleh jurugambar-jurugambar fine art dalam menghasilkan karya-karya hebat mereka.

Gambar dibawah saya gunakan setting flash ETTL yang selalu kita gunakan ketika membuat penggambaran.

 Gambar ini saya gunakan setting ETTL 2nd rear curtain

 

Seterusnya saya mengubah setting flash saya

Dengan setting Mode Multi ini saya gambar di atas tadi terhasil gambar seperti di bawah:-

1. Gambar di bawah menggunakan setting Multi 128 10- 2hz

2. Gambar di bawah menggunakan setting Multi 128 10- 8hz

3. Gambar di bawah menggunakan setting Multi 128 10- 5hz

3. Gambar di bawah menggunakan setting Multi 128 10- 20hz

4. Gambar di bawah menggunakan setting Multi 128 10- 20hz

 

Secara ringkasnya, penggunaan setting Hz tersebut berfungsi bagi mengawal kadar ulangan flash yang akan dinyalakan dalam suatu tempoh tertentu. Contohnya, jika disetkan kepada 2hz, maka nyalaan flash anda adalah 2 ulangan dalam suatu tempoh. Bagi mereka yang masih kurang jelas dan faham, anda boleh cuba merujuk kepada buku manual yang disertakan bersama pembelian flash tersebut atau boleh emelkan kepada saya untuk sebarang pertanyaan.

Jika artikel ini berguna kepada anda, sila share.

Darmansyah.

 

 

 

Did you like this? Share it:

Garpu dan tomato

January 26, 2012

Hasil gambar seperti diatas nampak begitu mudah bagi seorang jurugambar professional, tetapi tidak bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan bidang fotografi. Perlu diingat kepada rakan-rakan yang masih baru dalam bidang fotografi, isikan diri anda dengan ilmu fotografi secukupnya. Tiada perkara yang mudah semudah makan kacang yang terasa lemaknya ketika dikunyah.

Selain penggunaan kertas surih sebagai ramuan, saya juga menggunakan 3 set lampu pencahayaan studio bersama standard reflector. Ada diantara jurufoto yang sempat saya jengah melalui laman sosial seperti facebook, mereka amat gemar merakamkan gambar dengan hanya menggunakan lampu studio bersama soft-box. Perlu dingatkan, setiap peralatan fotografi yang dicipta mempunyai fungsi tersendiri dan tidak semua gambar yang kita rakamkan sesuai sekadar menggunakan soft-box sahaja.



Kepada rakan-rakan yang sudi memgunjungi blog saya, pada kesempatan kali ini saya akan terangkan bagaimana cara merakamkan foto tersebut dalam bentuk gambar seperti di atas.
Jika anda suka dengan entri terbaru ini boleh share di wall facebook anda sebagai perkongsian ilmu.

Darmansyah.

 

Did you like this? Share it:

Botol

January 25, 2012

Berdasarkan idea diatas,  saya gunakan kombinasi teknik pencahayaan studio bersama2 post-processing menggunakan software photoshop.
Asalnya saya cuba membuat kreatif shadow pada botol sebagai main subjek pada gambar saya. Menggunakan latar belakang putih dan dua keping gambar dijadikan satu. Shadow memberikan sedikit drama dan mood pada gambar ini.

Gambar di atas: gambar pertama, dengan menggunakan pencahayaan dari tepi sebelah kiri dan kanan bahagian hadapan botol.


Gambar di atas: dengan menggunakan standard reflector dari sebelah kiri hadapan botol, saya dapat shadow pada dari botol .

Gambar di atas: Gambaran sebenar kombinasi 2 keping gambar dijadikan satu bagi menghasilkan shadow yang datang dari botol

Did you like this? Share it: